Aku dan mathmod #hikayatform4
Benda
paling teruk yang jadi dekat aku ialah bila aku takboleh nak tidur as in tidur
pada masa yang betul. Jadual tidur aku memang completely terganggu. Dem. Ak
sendiri pun taktahu kenapa jadi mcmni. Nafsu? Maybe la nafsu tidoq siang sampai
ke tengahari. Ye kutuk lah aku (memang patut pun huhu) Taktahu nak buat mcm
mana dah bila waktu malam ja serious aku takboleh tido. Even aku dah try tidoq
awai kut at the end pukul satu camtu terjaga jugak. Ha lepastu memang idokle
nak boleh lena balik. Haih. Sabar ja la.
In
a few days, cuti aku dah nak habis. Yo. Cuti dah nak habis ke? Omg. Ni nak
start meroyan balik ni. Tak puas ah cuti. Dengan segala target tak achieve.
Memang taknak balik la jawabnya, nak duduk rumah ja. Boleh ke aku minta aku
eksiden ke ape then tayah pergi? Hahaha aduh apani minta yang bukan-bukan. Hm
Oleh
kerana aku dah tak boleh tidur, maka aku cuba la tulis post untuk diupdate kat
blog (entah bila nak post taktahu la) takpe kita tulis ja dulu. Ada masa (&
internet) nanti kita publish ye. Sekarang semorang dah taklayan blog. Ada lagi
ke yang setia update blog? Kenapa? Mengapa? Ini semua terjadi (effect daundaun
berguguran) (& aku rasa takde sapa pun akan baca blog ni hahahaaha so I
just write what I want to!)
Let
throw some memories to the back. Eh?
Just
wanna rant about my school life. Lebih tepat lagi masa form4. Hehe, entah
kenapa just want to. Cerita dia, aku ni manusia logical-mathematical la ak rasa
(dan agak boleh dibuktikan dengan aku minat subjek sains math since sekolah
rendah lagi tau!) & menelusuri sejarah aku ni boleh kata score la dua
subjek ni. Hekhek nak bangga diri jap. Biarlah korang bukan kenal aku pun 😝
hahahahah. Okay, so what about this two subjects? Alhamdulillah diberikan
keupayaan untuk terus skor sampai la form two kut tibatiba aku mula jatuh bagi
subjek math.
[Disclaimer;
aku bukan tak bersyukur dengan result kepe eh just nak cerita bagi pengajaran
dan kalau boleh ambil iktibar, maka dipersilakan]
Okay.
One exam, aku tak skor subjek math ni. Peh tergugat kehidupan aku masa tu
(iyela form2 selain result exam ape lagi kau nak sibukkan kan kan?) Hoho. Since
that. Aku Nampak subjek math ni mcm musuh hidup aku la. Tapi boleh control lagi
la. Kadang naik kadang turun. Aih tengok kertas math tu kecik besar kecik besar
je. Ada la masatu buat salah tu kira balasan balik la tu kan. Cash. Hoho.
Then,
masuk form4. Hoh tibatiba ada mathmod, addmath bagai. Apeke mathmod ni? Habestu
selama ni menengah rendah kita belajar ancient math ke? Em. Bila naik menengah
atas wujud lak matematik moden. (Peh bangga bhai rasa jadi budak menengah atas
masatu, masatu la, skrg ni rasa mcm noob gila aku masa tu menengah atas ja rasa
besaq teroxx hahaha ngok)
Okay
kembali ke matematik moden. Cikgu yg ajaq subjek ni adalah cikgu yang sama ajaq
aku math masa form1 dulu. Nostalgia bhai dk buat rewind memories lak kakaka.
Ye. Kan aku cakap aku tak suka math sejak kes form2 dulu. Maka, berjumpa dengan
mathmod ni mengulang kembali peristiwa semalam. Em. Kau tahu betapa bodohnya
aku rasa bila duduk dalam kelas mathmod sbb ak takfaham apa cikgu ajaq. Nak
kata salah cikgu? Org lain leklek ja muka paham semua. Aku ni ha blank kelam
tak jumpajumpa punca. Masha Allah perasaan masa tu. Boleh dak kalau nanti exam
math nak tinggai kosong ja? Sbb taktau nak jawab, dalam kelas belajaq takpaham
:””) Okay dah kalau mathmod pun cmtu. Apatah lagi addmath? Dok terdengaq jugak
la kalau nak drop addmath boleh dak? Harhar. Tapi, aku budak sains. Drop
addmath, takdak harapan dahla. (& sekali lagi daundaun berguguran sepi).
Biarkan cerita addmath disitu sebab yg tu mmg sukar untuk diselamatkan. Huhu
Mathmod.
First exam form4, aku dapat 66. Ye aku tahu ada lagi org lain lagi teruk dari
aku (tapi kalau dk banding dgn yg lg teruk sampai bila kita nak muvon kan?)
Jadi. Sebenarnya, markah aku antara yg paling lowest dlm kelas masatu. Taktau
la nak nangis ka happy sebab tak pernah pun dapat markah camtu hahaahahahahaaha
tapi takpa sebab first exam format baru form4 kan (sedapkan hati la wei). Sebab
subjek lain pun range tu gak, apadahal kannn.
Next
exam. Again. Lebih kurang dk main kot range 60 tu ja. Allahu, kalini. Nak kata
format baru? Dah jumpa dah haritu. Dah setengah tahun dah belajaq apa ni takleh
nak jawab exam lagi. Wuwuwuwuwu kalini memang down teroxx. ☹
Sebab org lain dok boleh A, awat kita takboleh kan? Serious lah, salah kat
mana? Belajaq dalam satu kelas yang sama (& dengan yakinnya aku kata aku
logical-mathematical tadi , hah pi manaa tu?) Heh.
Then.
I studied very hard! Malu kot tak improve-improve. Exam empat kali kan setahun.
Kali ketiga pun still camtu ja range yang sama takdak beza. Heh study hard pun
mau tak kena cara takdak guna. Dia kena study smart. Kat sini la, aku stayback,
study group ngn kawan aku. Let call her F. Nak kata harihari study tu menipu la
hahaah aku harihari main ye la. Tapi memang bersungguh la belajaq math dengan
dia. Sebab, kalau aku ni logical-mathematical, dia ni memang otak kiri perform
habehh ah! Hoho. Banyak benda di ajaq aku, dengan sabaq pulak tu (sbb aku ni
susah nak paham sikit, nak pula dah declare benci kat sbjek tu kuikui maaf deh
tapi memang kenot go aa)
Dan
akhirnya berkat doa semua orang (aicewahh hehe), masa exam last tu aku berjaya
untuk dapat 80. Syukur :”))) Oi bukan senang tau nak naik balik bila hg jatuh
(tak kesah la jatuh terpelecok ke jatuh tersungkur ke jatuh dalam gaung kepe
huhu) Sebab aku dok rasa mcm tkdk harapan dah ekceli dengan subjek math ni. Dah
mcm tkdk masa depan dah ngn dia (amboi overnau kelai ngn sbjek math ni kann)
And
to the last point (bukan nak riak okeyy) masa spm, subjek math ni aku dapat A+.
Ya hampun, mana boleh percaya kan? Tak suka pun. Target subjek lain dapat A+
tapi subjek lain pulak yang dapat. Tapi takpela syukur ja ngn result tu.
Cumanya,
(ibrah boleh diambil dari perenggan ni ja kut haha) bila kita jatuh tu, usaha
la untuk bangun semula. Usaha. Sebab segalanya terletak pada diri sendiri.
Kalau diri sendiri rasa selesa mcmtu taknak buat apapa then no point lah.
Ingat, Allah takkan ubah sesuatu kaum melainkan mereka melakukan mengubah diri
mereka sendiri. Ni ayat alQuran yang aku selalu dengar kat ceramah la. Maaf la
ingat ingat lupa tapi cmni la ayat dia. And dalam kes aku masa sekolah, apa
yang berubah? Aku ubah diri untuk berusaha untuk belajaq jugak subjek math tu
even masatu dalam otak aku, aku dah kata aku mmg cant go anywhere dah dgn
masalah aku tu. Huhu
Jadi,
dalam konteks seharian ni, cubalah tengok diri ni. Dah sampai tahap baik kat
mana? Kalau belum. Jom lah sama-sama berubah ke arah kebaikan, masih belum
terlambat untuk kita berubah. Selagi ajal belum menjemput maka kita masih ada
masa untuk bertaubat dan memohon ampun daripada Allah. Dan lakukanlah perubahan
dalam hidup. Perubahan yang membawa kebaikan kepada kita untuk hidup di dunia
dan di syurga-Nya nanti, insha Allah. Aamiin.
Comments
Post a Comment