Depression is real.
Bismillah. Dan assalamualaikum.
Ya. Aku tahu dah ramai berkongsi rasa mengenai tajuk ini. Sangat ramai. Depression atau dalam bahasa melayu, kemurungan. Penyakit mental. Ini bukan penyakit mengada-ngada atau some sort of benda yang boleh dipandang remeh. It's a serious matter nowadays. Dah macam penyakit berjangkit, ok tak but it seems like menular ke sana sini secara luas.
Kalau aku cakap, setiap orang akan ada sisi kemurungan dalam diri dia, kau orang terima tak? Aku takde la buat research ke apa. Ini cuma pemerhatian juga pengalaman diri sendiri juga orang sekeliling je.
Kebanyakan manusia, dia murung dalam diam. Maksudnya dia tak cakap atau tunjuk atau apa-apa. That's it. Depression only felt by those who had it. Orang sekeliling mungkin perasan, tapi tk boleh buat apa-apa sebab it's within that person himself. Ada yang tak sedar pun dia depresi. Mungkin dia rasa itu cuma stress biasa dan ini entahla nak komen pun. Pada aku, orang mcm ni boleh kawal diri sendiri dan sebarkan positive vibes dalam diri sebab tu kemurungan tak dapat kuasai diri dia kut. Ada manusia yang rasa dia depresi dan dia bagitau orang sekitar. Tapi malangnya orang sekitar buat tak endah. Ini selalu jadi. Dan end up, that person will just tenggelam dalam emosi dia. Sebab dia cuba minta pertolongan tetapi orang tak hirau.
Pada aku, kalau betul kau depresi, sila jumpa doktor. Orang sekeliling hanya boleh dengar masalag kau (tu pun kalau diorang sanggup) tp diorang tkboleh nk tolong sembuhkan penyakit kau pun. Kau perlukan doktor. Sebab itu penyakit.
Bukannya sebab kau lemah iman, sebab kau jauh dari Tuhan atau alasan-alasan lain yang seangkatan dengannya. Ianya penyakit yang perlukan ubat.
Dan pada pendapat aku lagi, aku jenis yang tak bercerita sangat dekat orang. Sebab kau tahu, they can't really helps actually, haha. Dan aku end up menangis sorang-sorang (jangan ikut lah perangai ini). Sebenarnya menangis tu satu terapi untuk tenangkan diri. Bila kau dah puas nangis, kau akan tenang. Percayalah. Tapi kalau kau betul cari ketenangan hakiki, gi amek wudhu' dan solat sunat.
Apapun, aku tahu apa yang aku tulis ni mcm tak relate sgt je dengan tajuk tp ye, masalah kemurungan ni, cuma diri kau sendiri je yang boleh bantu untuk ubati. Kalau kau taknak cerita, kalau kau taknak mengaku, kalau kau taknak gi jumpa doktor, kalau kau taknak sembuhkan penyakit kau, end up kau akan suffers alone. Itu je. Semuanya bermula dengan kesedaran dan kemahuan diri sendiri.
Dan, moga setiap jiwa-jiwa yang tengah sakit sekarang, moga disembuhkan, moga diberi ketenangan dan moga kau bahagia. Orang selalu cakap "bahagia tak selamanya", dan kau kena tanam dalam otak kau, yang derita juga tidak selamanya. Percayalah. Akan ada sinar bahagia buat semua. Jika bukan di dunia, di akhirat sana.
Ingatlah, kita semua diuji dengan ujian yang berbeza-beza mengikut kemampuan kita. Allah tahu kita mampu. Percayalah dengan takdir juga ketentuan hidup ini.
Wallahu'alam. /some rant while searching for mood to finish my assignment.

Comments
Post a Comment